Kembali ke Utama✈️ Panduan Travel

Panduan Lengkap:
Bawa Kerusi Roda Elektrik Naik Flight

Semua yang anda perlu tahu untuk travel dengan kerusi roda elektrik. Dari dokumen yang diperlukan hingga tips di airport.

Senarai Airline Yang Menerima Kerusi Roda Kami

Syarikat PenerbanganStatusNota
Malaysia AirlinesDiluluskanBateri bawah 300Wh boleh masuk cabin
AirAsiaDiluluskanMaklum 48 jam sebelum flight
Singapore AirlinesDiluluskanDokumen MSDS diperlukan
Batik AirDiluluskanPengesahan di kaunter check-in
FireflyDiluluskanRuang cabin terhad, maklum awal
Saudi AirlinesDiluluskanSesuai untuk penerbangan Umrah/Haji

* Senarai ini berdasarkan pengalaman pelanggan kami. Sila sahkan dengan airline sebelum travel.

Langkah Demi Langkah

01

Semak Spesifikasi Bateri

Pastikan bateri kerusi roda bawah 300Wh (had kebanyakan airline). Kerusi roda kami guna bateri 180-250Wh - dalam had selamat.

02

Sediakan Dokumen

Anda perlu: Sijil keselamatan bateri, spesifikasi kerusi roda, dan surat kelulusan airline. Kami bagi semua ni PERCUMA.

03

Maklum Airline 48 Jam Awal

Hubungi airline atau guna app untuk declare bawa mobility device. Ni pastikan check-in dan boarding lancar.

04

Di Lapangan Terbang

Sampai awal. Guna kerusi roda sampai pintu boarding. Staff tolong simpan - bateri bawa masuk cabin (tanggal kalau boleh tanggal).

Checklist Sebelum Travel

💡 Tip: Kami sediakan semua dokumen yang diperlukan PERCUMA dengan setiap sewa atau pembelian.

Soalan Lazim Travel

Boleh ke bawa kerusi roda elektrik naik kapal terbang?

Boleh! Kebanyakan airline benarkan kerusi roda elektrik dengan bateri lithium bawah 300Wh. Kerusi roda kami memang di-design ikut peraturan airline.

Bateri letak mana masa dalam flight?

Bateri mesti bawa dalam cabin (bukan luggage). Kalau boleh tanggal, tanggalkan. Kalau built-in, kerusi roda masuk cargo tapi bateri tetap dilindungi.

Dokumen apa yang diperlukan?

Perlu: 1) Sijil keselamatan bateri (MSDS), 2) Spesifikasi kerusi roda tunjuk rating Wh bateri, 3) Surat kelulusan airline. Kami bagi semua percuma.

Airline akan rosakkan kerusi roda saya tak?

Airline dilatih handle mobility device dengan berhati-hati. Kerusi roda lipat kami kukuh dan di-design untuk travel. Kami tak pernah dapat report rosak dari customer.

Sedia Untuk Travel?

Dapatkan kerusi roda yang airline-approved dengan semua dokumen disediakan. WhatsApp kami sekarang!